Kesultanan
Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan
Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad
sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan
Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.
Kegemilangan Kesultanan Melaka
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459
- 1477) menaiki takhta.
Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar
yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan
Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan
Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga
menghantar Tun Perpatih Putih dengan
segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458
bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini
ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur
di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga
dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya
dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian
besar Sumatera. Pesaing utama
Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya
tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun
ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua
cubaan serangan tersebut telah gagal.
Kejatuhan Melaka
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai
kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul diAsia Tenggara. Bendahara Tun Perak,
pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah
juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang
cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat
pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih
kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar
negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan
18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan
orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali
Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau
di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan
faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis
dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis
yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat
beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya
ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis
berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai
timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada
negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud
Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada
Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan
Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari
kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan
Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali
menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya
mengepung Kota A Famosa sehingga
pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang
besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan
Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal
dan mengembangkan Johor sebagai
sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud
Shah,Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk
menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun
kemudian di Kampar pada tahun 1526.
PENJAJAHAN TANAH MELAYU
PENAKLUKAN PORTUGISKE
ATAS MELAKA (1511–1641)
Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis pada 1511 telah menandakan berm
ulanya penjajahan kuasa Barat di kepulauan Melayu. Penaklukan Melaka oleh
Portugis berdasarkan kepentingan ekonomi kerana Portugis berhasrat menggunakan
pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di
Pulau Hindia Timur.
Di samping itu, kedatangan Portugis
ke Timur adalah bertujuan untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan
agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai
oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan
Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque.
Bagi mencapai matlamatnya,
Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas
kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah
dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya mereka di
Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun, de Sequiera
berjaya melarikan diri
dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan
rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk
menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan
akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.
PUNCA KEJATUHAN MELAKA KE TANGAN PORTUGIS
Antara punca utama yang telah dikenal pasti
sehingga menyebabkan Melaka berjaya ditawan oleh Portugis adalah kerana
berlakunya pengkhianatan dalam negeri diikuti dengan ketiadaan Bendahara yang
berkaliber seperti Tun Perak, serta kekuatan angkatan tentera Portugis,
khususnya pemilikan senjata moden dan strategi peperangan yang lebih teratur.
PENAKLUKAN BELANDA KE
ATAS MELAKA (1641–1824)
Tekanan yang dihadapi
oleh Belanda di Eropah di abad ke- 16 telah menguatkan lagi azam Belanda untuk
menjadi bangsa yang merdeka, berkuasa, kuat dan berdaulat.Penindasan Sepanyol
ke atas Belanda, penutupan pelabuhan Lisbon terhadap kapal Belanda dan
penerbitan buku Itinerario oleh Van Linschoten yang membongkar rahsia jalan
laut dan tempat yang kaya dengan hasil rempah telah mendorong orang Belanda
mengembangkan pengaruh ke rantau Asia Tenggara.
Bagi mengukuhkan kedudukannya pihak
Belanda telah berjaya menawan dan menubuhkan pusat pentadbiran di Betawi.
Setelah kedudukannya menjadi bertambah kukuh, hasrat Belanda untuk menawan
Melaka telah diteruskan. Dalam bulan Jun 1640 sehingga Januari 1641, Melaka
telah dikepung oleh Belanda dengan bantuan Johor. Pengepungan yang berterusan
ini telah menyebabkan kebuluran yang teruk di kalangan tentera Portugis dan
akhirnya pada 16 Januari 1641, pihak Portugis telah menyerah kalah tanpa syarat
dan Melaka jatuh ke tangan Belanda.
Jepun di Tanah Melayu
Pendaratan
Jepun di Tanah Melayu berlaku secara sepantas kilat. Tempoh antara waktu
konvoi Jepun berlepas dari Saigon, Indochina
Perancis menuju ke arah selatan pada 6 Disember 1941 sehingga
pendaratannya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember 1941 cuma
mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh
69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan
pusat pangkalan Tentera British di Timur
Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun pada 15 Februari 1942.
6 Disember 1941
Pada hari Sabtu, 6 Disember
1941, pegawai-pegawai Tentera Laut
Amerika Syarikat, yang membawa perutusan penting, masuk ke
persidangan di Manila, Filipina antara Laksamana Thomas C.
Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S.
Asiatic Fleet), dan Laksamana Sir Thomas
Phillips, pemerintah Tentera Laut British, Timur
Jauh.
Sebuah
pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang
berpangkalan di lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun
yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut,
Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal
belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut
lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajah dan
tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw
tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada
pendapatnya, kapal-kapal tersebut tengah menuju ke arah Thailand yang
berkecuali, atau ke Tanah Melayu.
Ini merupakan isyarat yang
amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua
laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika
Syarikat di Balikpapan menerima
arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F.
Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan
pelayarannya ke Darwin, Australia, dan
kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi
Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih banyak
penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu
kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7
petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk Siam.
7 DISEMBER 1941
Pasukan
penyerang utama Jepun bagi penjajahan Tanah Melayu, Tentera Ke-25 di bawah
pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita, telah belayar daripada Pelabuhan Samah di Pulau Hainan pada 4 Disember 1941. Kapal tambahan yang membawa lebih
banyak tentera bergabung dengan konvoi dari Saigon, Indochina Perancis. Pada
kedua-dua hari 6 dan 7 Disember, pesawat Lockheed Hudson yang
diterbangkan oleh Skuadron No.1 RAAF, Kota Bharu,
dan Skuadron No.8 RAAF, Kuantan,
menjumpai dan cuba mengekori kapal-kapal ini.
Pada 7 Disember, bot terbang
PBY Catalina dari Skuadron No. 205 RAF yang diketuai oleh Pegawai Penerbangan
Bedell, ditembak jatuh oleh pesawat Jepun semasa cuba memantau kemajuan
angkatan Jepun. Pegawai Penerbangan Bedell dan anak-anak kapalnya menjadi
korban Pihak
Berikat pertama dalam peperangan menentangi Empayar Jepun. Pada
pukul 10.00 malam., konvoi penjajahan Jepun berpecah ke arah kedudukan
pendaratan yang telah diatur sebelumnya. Peperangan di Pasifik hampir
bermula.
Pendaratan
Jepun di Kota Bharu
Sejurus
selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan
oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula
membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas
bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar
menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah
pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit.
Kubu
mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun
yang mula mendarat di pantai dan membunuh ramai askar Jepun termasuk komander
batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan
musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah
Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak
dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di
pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala
mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap
dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan
pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.
Dalam
pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India
British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku,
gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam
British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik
sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan
membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai
India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
9
Disember 1941
Setelah
diberitahu mengenai kehadiran pasukan penjajah beberapa batu di utara landasan
pesawat mereka, pegawai kanan tentera udara di Kota Bharu meminta kebenaran
untuk melancarkan serangan. Apabila telah jelas bahawa tentera Jepun mula
mendarat, Skuadron Hudsons No. 1 mula berlepas untuk mengebom pesawat
pengangkut. Gelombang pertama, yang terdiri daripada tujuh buah pesawat dan
diketuai oleh Leftenan Penerbangan Lockwood, melakukan serangan pertama sekitar
02.10 pagi.
Leftenan Penerbangan O.N. Diamond Skuadron No. 1 memilih
kapal pengangkut terbesar dan mengebom junam. Menurutnya, dua butir bom 250
paun dilepaskan dalam serangan pertamanya tepat kena, dan dalam serangan kedua,
baki dua butir bomnya turut mengenai pesawat tersebut sebelum pesawatnya
terkena tembakan dan terbakar. Kapal itu ialah kapal pengangkut IJN
Awajisan Maru (9,794 tan) yang merupakan kapal Jepun yang pertama bagi
semua saiz yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia II. Skuadron No. 1 RAAF terus
melakukan pengeboman. Sejumlah 17 serangan dilancarkan, mendarat, mengisi bom
dan berlepas kembali sehingga 05.00 pagi. Kapal pengiring tentera Jepun
melepaskan tembakan anti pesawat yang sengit, menembak jatuh sekurang-kurangnya
dua pesawat Lockheed Hudson itu dan merosakkan tiga yang lain.
Salah
sebuah pesawat yang rosak yang dipandu oleh Leftenan Penerbangan Leighton-Jones
dilaporkan menjunam tepat ke sebuah pesawat pendarat yang berisi sarat.
Walaupun menerima tembakan anti pesawat yang hebat, anggota Hudson melancarkan
serangan mereka dengan penuh bersemangat. Kesemua kapal pengangkut dilaporkan
dihujani peluru dengan beberapa buah terbakar. Kolonel Masanobu Tsuji, pegawai
di bawah Ibu Pejabat Yamashita, menggambarkan laporan yang beliau menerima
daripada Kota Bharu: "Tidak lama kemudian, pesawat musuh dalam formasi dua
dan tiga mula menyerang kapal pengangkut kita, yang mulai berasap dan
terbakar". Menjelang 04.30 pagi komander pengiring, bimbang dengan jumlah
kerosakan yang dilakukan oleh RAAF, mengemukakan permohonan untuk berundur.
Mejar
Jeneral Takumi membantah dan berjaya menegaskan bahawa beliau perlu
memperkukuhkan tenteranya di pantai dan hanya pada pukul 06.00 (pagi),
kedua-dua kapal pengangkut dan pengiring berundur ke utara. Awagisan Maru
ditinggalkan marak terbakar dan ditakdirkan menjadi kapal Jepun pertama
ditenggelamkan dalam peperangan, terlalu rosak untuk belayar. Kira-kira jam
02:00 pagi pada 8 Disember, lapangan terbang Kuantan menerima isyarat bahawa
tentera Jepun cuba mendarat di Kota Bharu. Skuadron No. 8 membentukkan empat
penerbangan tiga buah Hudson dengan penerbangan pertama pada jam 06.30 pagi. Pesawat
Hudson yang dikendalikan oleh Leftenen Penerbangan G. Hitchcock menyerang kapal
pengangkut IJN, tetapi dilitupi asap pada 08.00 pagi disebabkan sebahagian
daripadanya rosak, ditembusi empat puluh tiga butir peluru tetapi kembali ke Kuantan dengan
selamat. Leftenen Penerbangan "Spud" Spurgeon dalam A16-41 mengebom
kapal tetapi terpaksa mendarat hempas di Kota Bahru, akibat kerosakan pesawat
Hudsonnya. Leftenen Penerbangan Russell Bell pula mengalami kerosakan
hidraulik, akibat terkena peluru pada pesawat Hudson A16-81nya dan menerbang ke Seletar daripada
Kota Bharu. Daripada 12 buah pesawat dalam serangan ini, lima rosak dengan satu
mendarat hempas di Kota Bharu
Jepun
berjaya mendarat
Pada masa
ini, pesawat pejuang tentera Jepun yang sebelum ini sibuk melindungi pendaratan
utama di Thailand, mulai sampai dan serangan lanjut
oleh RAF Blenheims, terbukti sukar. Juga menjelang waktu pagi di sebalik usaha
Skuadron No. 1, tentera Jepun berjaya mendaratkan pasukan penjajah mereka. Pada
pukul 10:30 pagi, pasukan Jepun akhirnya tiba ke Kota Bahru.
Setibanya
waktu pagi, Mejar Jeneral H. Takumi berjaya mendaratkan sejumlah tiga batalion
penuh. Brigadier Key cuba menyerang balas dengan segala kekuatannya tetapi
apabila gagal, beliau mulai berundur. Apabila telah menjadi jelas bahawa pada
waktu siang lapangan terbang tempatan tidak dapat dipertahankan, Key, yang
telah diperintahkan untuk berjuang pertempuran penafian (battle of denial ),
bukannya sehingga titisan darah terakhir memohon, dan menerima kebenaran untuk
berundur.
Tentera
Jepun yang disokong oleh tentera yang baru mendarat, memaksa tentera India
British berundur sehingga ke kawasan Kuala Lipis dan maju ke utara untuk
menawan bandar Kota Bharu pada jam 2 petang pada 9 Disember.
Kedua pihak
mengalami korban yang besar semasa pertempuran. Tidak terdapat rekod korban
British, tetapi pastinya besar. Rekod korban Jepun berbeza dengan banyaknya.
Louis Allen menyebut sumber Jepun meletakkannya sebagai 500 orang. Daripada
ini, 150 dialami oleh tentera masih dalam kapal pengangkut, sedangkan baki 350
semasa perjalanan singkat ke pantai atau semasa di pantai. Sementara itu pula,
Kolonel Tsuji menulis dalam bukunya bahawa 320 orang askar Jepun terkorban
serta 538 orang tercedera dalam pertempuran itu dan menggelarkan Kota Bharu
sebagai "salah satu kawasan pertempuran yang paling ganas dalam Kempen
Tanah Melayu".
KESAN PENJAJAHAN TERHADAP TANAH MELAYU
(MASYARAKAT BERBILANG KAUM)
ORANG CINA
1. Pengenalan
Sejak abad ke-15, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatangan orang Cina. Penghijrahan orang Cina semakin bertambah menjelang awal abad ke-19. Orang Cina telah berhijrah ke Negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka lading gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang lada hitam.
2. Sebab kedatangan
a. Faktor penolak
i. Sebab sosial dan ekonomi
Bencana alam seperti yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainya menyebabkan penderitaan yang teruk ke atas penduduknya. Pertanian yang menjadi nadi ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan akibat bencana alam dan ini akhirnya berlaku kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi. Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak dengan itu, Kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani kehilangan tanah.
Keadaan politik di China yang tidak stabil telah menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi gagal menggulingkan Kerajaan Manchu. Oleh itu, kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontakan. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu.
b. Faktor penarik
i. Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu
Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah satu faktor di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan Bandar terutamanya. Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor) menggalakkan lagi kedatangan orang-orang Cina. Di bawah sistem ini, mereka diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.
ii. Kestabilan politik
Kestabilan politik hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu faktor penarik. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.
3. Sumbangan
Kedatangan orang Cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport: pada 1850 – 6500 tan, 1890 – 15101 tan, 1900 – 43000 tan, 1905 – 57733 tan, 1937 – 77000 tan. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di Bandar-bandar yang terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga telah berkembang terutamanya melalui sistem Kangcu.
4. Cara kemasukan
a. Melalui sistem tiket kredit
Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka.
b. Melalui cara persendirian
Orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897.
c. Melalui Sistem Kangcu
Sistem Kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih.
5. Komposisi penduduk orang Cina
a. Orang Hokkien
Orang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga dan menetap di oelabuhan-pelabuhan yang penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
b. Orang Kantonis dan Hakka
Orang Kantonis dan Hakka merupakan pelombong dan bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah.
c. Orang Teochew
Orang Teochew menumpukan perhatian pada pertanian dan perdagangan. Mereka bekerja di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor dan Seberang Perai serta di kawasan Pantai Perak.
d. Orang Hailam
Orang Hailam bekerja sebagai orang gaji di rumah orang Barat sebelum Perang Dunia Pertama dan menjadi buruh di ladang getah serta membuka kedai-kedai minuman.
6. Bilangan penduduk orang Cina
Di antara kelompok-kelompok Cina tersebut, kelompok yang terbesar ialah Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu (1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang kedua besar ialah Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh Hakka (18.6%), Teochew (11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%). Kemasukan orang Cina bertambah dengan pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Tanah Melayu, mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu yang merupakan 41% pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Mereka membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
ORANG INDIA
1. Pengenalan
Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas. Orang India hanya berhijrah secara beramai-ramai pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai. Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), pihak British membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Keperluan buruh India meningkat berikutan perkembangan perusahaan getah. Hampir semua orang yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab.
2. Sebab kedatangan
Bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada penduduk akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman. Hal ini mengakibatkan kira-kira 30 peristiwa kebuluran pada pertengahan abad ke-19. Penindasan oleh tuan tanah juga menyebabkan orang India semakin menderita. Walaupun India sebuah negara yang luas, namun bukan semua rakyatnya mempunyai tanah. Jika dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, walaupun miskin, mereka masih mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Kebanyakan petani di India terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuan-tuan tanah yang mengenakan cukai yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang mengalami 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk, contohnya pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk di India juga mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah dari kasta-kasta rendah. Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra.
b. Faktor penarik
i. Perkembangan perusahaan getah
Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian telah menggalakkan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah faktor utama kemasukan orang India.
ii. Galakan daripada Kerajaan British
Dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Di samping itu, peluang pekerjaan bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India.
3. Sumbangan
Kemasukan orang-orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan getah. Buktinya pada 1897 – 345 ekar, 1900 – 46 ribu ekar, 1905 – 48 ribu ekar, 1906 – 85 ribu ekar, 1909 – 200 ribu ekar, 1911 – 1 juta ekar, 1914 – 1.5 juta ekar, 1918 – 2.5 juta ekar dan 1940 – 3.5 juta ekar. Di samping dalam perusahaan getah orang India juga telah menyumbangkan tenaga professional seperti guru, doctor, kerana dan lain-lain lagi.
4. Kemasukan
a. Sistem buruh kontrak
Sistem buruh kontrak telah diperkenalkan sejak tahun 1820 bagi mengambil buruh-buruh India untuk bekerja di ladang tebu dan kopi. Di bawah sistem ini, pemilik sesebuah ladang getah akan membuat pesanan bagi buruh-buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampung-kampung dan mengumpulkan buruh-buruh India yang ingin datang ke Tanah Melayu. Tambang pelayaran buruh-buruh itu akan dibiayai oleh majikan-majikan yang membuat pesanan tersebut. Setibanya di Tanah Melayu, buruh-buruh itu diserahkan kepada majikan. Mereka perlu menandatangani satu kontrak untuk bekerja dengan majikan itu selama 5 tahun dengan suatu gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya dilayani dengan teruk. Mereka dipaksa bekerja selama 9-10 jam sehari dan 6 hari seminggu. Gaji mereka rendah dan jika pekerja jatuh sakit, dia tidak mendapat gaji. Di samping itu, mereka juga terpaksa membayar sebahagian daripada gaji mereka untuk menjelaskan tambang perjalanan. Pada tahun 1910, sistem ini dihapuskan.
b. Sistem Kangani
Sistem ini diperkenalkan pada tahun 1898. Sistem ini, majikan yang ingin mendapat buruh dari India akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke India. Kangani ini akan balik ke kampung halamannya di India dan mengumpulkan saudara mara, sahabat ataupun penduduk sekampungnya yang ingin berhijrahke Tanah Melayu. Kangani ini akan membayar tambang dan lain-lain perbelanjaan bagi buruh-buruh sehingga ketibaan mereka di ladang majikan. Di ladang, buruh-buruh bekerja di bawah jagaan Kangani yang mereka kenal dan dilayan dengan baik. Pada tahun 1907, Tabung Imigrasi diwujudkan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk membiayai kos pengambilan buruh India. Melalui tabung ini, majikan dikehendaki membayar kos pelayaran serta $5 setahun bagi setiap buruh India. Sistem Kangani juga mempunyai kelemahannya. Tiap-tiap kangani dibiayai mengikut bilangan pekerja yang diambil. Oleh itu, sesetengah daripada mereka cuba memperoleh seberapa ramai pekerja yang boleh dari India. Lama-kelamaan, mereka juga menjadi ejen sistem kontrak. Pada tahun 1938, sistem ini diberhentikan akibat zaman kemelesetan ekonomi yang menyebabkan permintaan buruh dikurangkan.
5. Komposisi penduduk orang India
a. Orang Tamil
Golongan Tamil membentuk 82% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh di estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebilangan kecil orang Tamil juga berkhidmat dalam jabatan-jabatan kerajaan.
b. Orang Malayali
Orang Malayali membentuk kira-kira 6% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja di estet getah dan dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kerani dan profesional.
c. Orang Telugu
Orang Telugu merupakan kira-kira 5% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931 dan bekerja sebagai buruh di estet.
d. Orang India Utara
Kumpulan etnik ini terdiri daripada Punjabi (Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerati, Parsis dan Marwaris. Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan. Orang Sikh berkhidmat sebagai pegawai keselamatan dan pasukan polis.
6. Bilangan penduduk orang India
Jumlah orang India di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911 ialah 172465 orang dan di seluruh Tanah Melayu ialah 267159 orang. Pada tahun 1921, jumlah ini meningkat kepada 305219 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan 470099 di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 621847. Pada tahun 1921, 12% daripada penduduk India dilahirkan di Tanah Melayu dan pada tahun 1957, 62.1% yang lahir di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 juga, bilangan orang India di Tanah Melayu ialah 695985 orang (11% daripada penduduk Tanah Melayu).

1Malaysia atau
'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razakpada
2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian
etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya.
Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.
Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan
terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan
serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan
terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu
Tun Dr Mahathir
Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan
bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu
disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa
panjang. Tiada perbezaan antara
bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi
berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang
sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan
akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai
kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama
yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga
besar.
Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah
gagasan ini.